Kenyataan Media

0
30

PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA

(MALAYSIAN ASSOCIATION OF MEDICAL ASSISTANTS)

No. Pendaftaran : PPM-006-10-20081986

Sukacita dimaklumkan bahawa Pendaftar Pertubuhan Malaysia telah meluluskan permohonan pindaan perlembagaan Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia (PPPM) melalui suratnya rujukan PPM-006-10-20081986 bertarikh 8 Ogos 2019.

Maka, berkuatkuasa serta merta, semua terma urusan dan pentadbiran serta pemakaian lambang PPPM adalah merujuk kepada perlembagaan yang dipinda ini. Ahli-Ahli PPPM boleh merujuk perlembagaan (pindaan) ini di laman sesawangwww.pppmalaysia.com.

Pindaan perlembagaan PPPM tidak melibatkan penukaran nama pertubuhan ini kerana ia berhubungkait dengan Akta 180, Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977.

PPPM menegaskan bahawa penggunaan nama dan lambang PPPM dalam apa jua tujuan atau atas kepentingan pihak tertentu tanpa mendapat kelulusan PPPM terlebih dahulu boleh disabitkan dengan kesalahan mengikut undang-undang yang berkuatkuasa.

Dimaklumkan juga, YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah melalui suratnya KKM.KPK- 100-1 JLD.7 (14) telah bersetuju menerima perlantikannya sebagai Penaung PPPM bagi tempoh beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia. Perlantikan beliau adalah selaras dengan FASAL 24 di dalam Perlembagaan PPPM.

Sekian, terima kasih.


SETIAUSAHA AGUNG

IBU PEJABAT PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA 13 OGOS 2019

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here